teNtang saya...

My photo
memahami pasti mengerti...

Saturday, September 22, 2012

Tapai Makcik mentah nak....

Mak Jemah,penjual tapai sepenuh masa di kampung pisang.Dengan menjual tapailah dia menyara hidup dan persekolahan anaknya. Tapai yang dibuatnya sentiasa habis di jual. Hendak dijadikan cerita..suatu hari mak jemah membawa tapai nya ke pasar seperti biasa,sesudah dia membuka gerai dan siap sedia untuk berniaga,alangkah terkejutnya dia..tapai yang dibawanya masih lagi mentah..Hampa sedikit di hatinya..Namun masih mengharapkan keajaiban berlaku..dia berdoa terus berdoa..agar tapai dia masak. jika dia tidak dapat menjual tapainya hari ini,apalah lagi nak di bagi anak-anaknya makan..itulah sumber rezeki yang dia ada..Sampai ke tengahhari..tapai dia masih lagi mentah...Peniaga-peniaga lain sedang mengemas barang jualan untuk pulang,semua sudah abis di jual.. Tapi makcik jemah masih belum dapat menjual walau sebiji pun tapai..tiada siapa yang mahukan tapai yang mentah.. Dengan hati yang hampa dan sedih,dia bersiap untuk pulang. Disaat dia berkemas untuk pulang,datang pemuda masuk ke gerainya. "Mak cik..tapai ada lagi? saya mahu beli dalam jumlah yang banyak.."tanya pemuda itu. "Maaf nak..makcik tak dapat jual tapai ini..tapai makcik mentah nak ". jawab makcik dengan nada kecewa. " Eh..lagi cun kalau macam tu makcik ". Mak Jemah hairan ." Kenapa?" "Sebenarnya kalau ada yang belum masak lagi elok..sebab saya memang hendak cari tapai mentah..dah abis semua gerai saya tanya..semua yang dah masak..sebenarnya,saya nak hantar tapai ni kat abang saya yang tinggal di Sabah. Elok je sampai sana tapai dah masak ." Mak Jemah gembira tak terkata bila semua tapainya dibeli oleh pemuda itu..lantas sujud syukur tanda terima kasih pada Allah..sekian.. Apelak cerita pasal tapai ni..Bukan tapai yang hendak difokuskan disini.. Ini mengenai sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab.. rezeki itu ada dimana-mana,jangan cepat buruk sangka dengan Allah..kena reda dan sentiasa baik sangka..Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya...

2 comments: